TasbihMu unTukku..

Saturday, 10 March 2012

facebook vs padang mahsyar??

"Wah... banyaknya orang post gambar, gambar2 kenangan, gambar2 couple, gambar2 mkn luar dgn kkwn, gmbr2 program.. semuanya kenangan, seronoknya tgk gambar2 ni, buat kita gelak...bestnya, berbalas-balas komen..gelak2.."


"Allah!! aku janji tak buat lagi, aku janji tak pegang dah tangan dia, aku janji ya Rabbi, aku tutup semua, aku janji, tolonglah percaya, kembalikan aku ke dunia, aku janji aku akan bt baik, sakitnya ya Allah, aku taknak masuk neraka..tolonglah aku ya Allah, menangis..."


Ehemm, Alhamdulillah Allah bagi ujian time2 cun mcmni.. mood: final exam + kurang sihat. Assalamulaikum saudara/ri.. Untuk entri kali ni, "facebook vs padang mahsyar", ops, tak hot kan tajuk ni berbanding tajuk "Yusry sah nikah Lisa"..hehe.. tak hot jugak mcm tajuk "pejabat PM tuntut rafizi mohon maaf"..kihkih.. tersenyum memikirkan, memang manusia ni terlalu sibuk, sibuk menguruskan urusan dunia.. termasuklah ana.. Astaghfirullah..

Kembali kepada entri, percaya @ tidak dengan hanya membaca 2 dialog di atas, otak kalian sudahpun mula memikirkan apa pengkhususan yang ana nk kongsikan kat sini. Bijak sungguh!! =) Okay cop2..

kat facebook, orang post gambar kekawan..
kat padang mahsyar, Allah pun 'post' gambar2 kita kat seluruh penduduk alam, malah bukannya cuma gambar2 dlm 1 program/rehlah, malah gambar2 dalam 1 hayat/nafas, beza kan??

kat facebook, kita berbalas komen dgn kekawan (P@L)
kat padang mahsyar, kita pun akan berbalas 'komen' dengan Allah, dan lebihnya lagi, kat FB kita berbalas komen sambil gelak2, kat padang mahsyar kan, kita berbalas 'komen' sambil menangis..(na'uzubillahhi min zalik) beza kan??

kat facebook, kita tayang gambar2 kenangan..
kat padang mahsyar, Allah 'post' jugak gambar2 'kenangan' kita kan.. lebih dahsyat lagi, bukan hanya 'kenangan', tp gambar saat kita buat 'usrah saiyyiah'(mengumpat) pun ada.. beza kan??

kat facebook, mulut kita berbicara yang jahat, yang baik..
kat padang mahsyar, mulut kita terkunci kan.. tangan kita berbicara, "aku dulu taip tekan keyboard, aku tulis dakwah, pesan jaga pandangan" lalu mata berbicara, "Tapi aku tak pernah buat, mata aku meliar tengok dia yang bukan mahram" (na'uzubillahhi min zalik..) beza kan??

kat facebook, kita buat status ukhuwah fillah, tayang video kita bersama..
kat padang mahsyar, Allah tayangkan video kita mencaci sahabat kita, video kita lihat sahabat buat jahat, tp kita tak nasihatkan dia.. beza kan??

"Ya Allah, pembicara ini, bukanlah tidak pernah melakukan apa yang ditulis, bukanlah tidak pernah tersasar jalan, Engkaulah yang menyaksikannya.. Tapi ya Allah, janganlah Kau campakkan aku ke nerakaMu disebabkan bicara ini, aku hanya mampu menasihat, sedangkan aku berbuat.. Jadi Kau ampunkanlah dosa2ku ya Allah, Kau hapuskanlah titik2 hitam di seketul daging pada jasad ini.. Sungguh, hanyalah padaMu aku berlindung, amiinnnn...."

Kita berlari dalam tiupan angin membayu, lalu hujan, kita rehat sebentar, timbulnya pelangi, kita meneruskan pelarian, sampai satu keadaan, berbekas debu2 sepanjang pelarian di wajah, lalu kita mengelap, tangan kita pun hitam.. Tanpa sedar, kita dah sampai ke tempat yang nak dituju..

Kita mengejar redha Allah, lalu Allah turunkan ujian, kita merintih meminta pertolongan, lalu dibantu, kita teruskan perjalanan mengejar redha itu, sampai suatu tempat, kita nampak bekas2 hitam pada hati, lalu kita taubat, Allah bagi syurga dan redha..


       Allah, Aku hanya apa yang kau ciptakan, aku dicipta dan Engkau mencipta, Lalu apa
                                      kuasaku hendak menyombongkan diri padaMu.....

Thursday, 1 March 2012

Saat Hidayah Allah datang...

" Arghhhhh!!! napela aku dpt roomate ni, aku nk dgn Zerah.. alih2 dpt 2 org ni.. dahla aku xkenal, lain2 course plak tu.. ish,!! sapelah Iman an Syifa' nih.....???!! xknal pon lar!!"

Rintih Dya menahan geram. Hari ini, hari terakhir Minggu Haluan Siswa (MHS), sekaligus hari penentuan bilik di kolej kediaman. Dya, seorang siswi jurusan Pendidikan Islam di sebuah universiti terkemuka di Malaysia. Sepanjang MHS, Zerah lah sahabatnya, kemana saja perginya, pasti sahabatnya itu ada disisi menemani. Sedangkan baru kenal hari kedua MHS, kebetulan mereka mengambil jurusan yang sama.

Dya: Eh, awak ambik course apa di sini??
Zerah: Pendidikan Islam. Awak? Sape nama awak ek??
Dya: Samalah, Pendidikan Islam, saya Dya.
Zerah: Saya Zerah.

Dari situlah mulanya mereka membina ikatan persahabatan, Sejak hari itu juga, kemanapun mereka pergi pasti bersama. Ke dewan, ke kantin, setiap slot MHS, pasti beriringan berjalan. Sampaikan ketika setiap slot yang membosankan di dewan, mereka tidur bersama. Kurang tidur agaknya, mana tidaknya, mereka hanya dibenarkan tidur pada jam 1 pagi, kemudian bangun pagi seawal jarum jam mengarah ke angka 3. Mungkin sebab itu juga Dya sering menangis ketika menelefon ibu ayahnya, mengadu tentang sikap pimpinan yang sering marah2 pada waktu malam, sehinggakan waktu makan mereka pihak pimpinan telah singkatkan kepada hanya 3 minit sahaja. Tapi, Dya, seorang gadis yang berasal dari sebuah negeri yang terlalu asing dgn kalimah tarbiyah, mana mungkin mengenal akan tarbiyah ruhaniyyah yang cuba dipraktikkan oleh pihak pimpinan pada dirinya. Kesian sungguh Dya.. Kehendaknya utk melanjutkan pelajaran di universiti lain disekat oleh ayahnya sendiri yang begitu meinginkannya menjadi seorang guru, serta belajar di universiti yang begitu gah di persada negara. Hendak melawan, tidak mungkin, Dya tidak pernah melawan setiap kehendak ayahnya, kerna dia tahu, setiap apa yang ayahnya aturkan untuk dirinya, pasti akan membuahkan kejayaan kpdnya di hari mendatang. Akhirnya Dya terpaksa akur.. Mungkin sebab inilah hatinya tidak pernah puas dengan setiap buih2 tarbiyah yang cuba ditiupkan ke dalam dirinya, pasti Dya akan melawan, marah, geram. Itulah Dya, memberontak.

      "Ibu,,, Dya nak balik... xnak tggal kat sini.. Dya rindu ibu dan ayah. Dya tak nak tggal kat sini. Dya nak blajar kat sana bu. Nak dekat dgn ibu. Tolonglah faham Dya bu. Tolonglah.." "Ayah, Tolong Dya ayah, Dya taknak tinggal kat sini. Kakak2 tu selalu marah2, Dya tak faham, tolonglah ayah, Dya nak balik.." 

    Itulah kata2 Dya setiap kali dia menelefon ibu ayahnya. Setiap malam MHS, Dya akan mengambil peluang yg ada walaupun hanya 3 minit untuk dia melepaskan segala2nya pd kedua org tuanya. Tangisannya pasti kedengaran di hujung talian telefon. Namun, tidak semudah itu ayahnya menarik balik keputusan utk melihat Dya dewasa sebagai seorang pendidik. Ibu, hanya mampu mendengar tangisan Dya, Tidak mampu membuat keputusan, kerana dia pasti pilihan suaminya adalah yang tepat. Walaupun setiap kali Dya menelefonnya, pasti airmatanya akan jatuh jua, mana mungkin hati seorang ibu sanggup mendengar tangisan anaknya yang berada jauh dinegeri orang, sedangkan dia tidak mampu berbuat apa2.

    Jam 5 petang, kedengaran suara pimpinan supaya para siswi mengambil kunci bilik di pejabat asrama. Hati Dya terasa panas. Entah mengapa, Dya merasakan hatinya tidak pernah tenteram dengan biah yang ada di tempat ini, tempat yang terlalu asing baginya.

"Assalamualaikum, Awak Dyana ek?" Sapaan drpd seseorang yang tidak dikenalinya memecah kesunyian Dya. Dya mengangguk. "Saya Iman. Kita akan duduk satu bilik, Jom kita pergi ambil kunci bilik sekarang" Iman menarik tangan Dya supaya mengikut dirinya. Namun Dya tidak pula menolak, langkahnya diatur menuju ke pejabat asrama. Dya merasa agak janggal dengan pegangan tangan Iman. Dia dapat merasakan sesuatu. Merasakan sesuatu yang dia tidak pernah dapat sebelum ini. Tapi cuma seketika, Hatinya yang keras menolak segala perkara yang baginya agak sentimental untuk difikirkan. Nyata cuma Allah yang tahu segalanya.

Dya: Iman, Dya nak ambik barang2 sekejap. Iman pergilah bilik dulu. 
Iman: Okay, banyak ke barang? kalau banyak Iman boleh tolong angkatkan.
Dya: Takpelah, Dya boleh angkat sendiri. Thanks..
Iman: Hmm, takpelah, Iman pergi dulu, Dya hati2 tau.

Dya pun mengatur langkah menuju ke biliknya untuk mengambil beg2 pakaian. Sepanjang MHS, mereka ditempatkan di bilik sementara untuk menginap selama seminggu. Setibanya di bilik, Dya melihat Iman dan seorang lagi siswi yang tdak dikenalinya, barangkali roomatenya yang seorang lagi, Syifa'.. "Dya, masuklah, Ni lah bilik kita." sapa Iman terlebih dahulu setelah melihat Dya tercengang di depan pintu bilik. Iman menolong Dya mengangkat beg2nya ke dalam bilik. "Oh Dya, ini Syifa', lepas ni kita akan duduk bertiga." Iman memperkenalkan Syifa' kepada Dya. Syifa' tersenyum kepadanya, Dya membalas sekadar yang mampu. Kepenatan agaknya.

Disitulah Dya mengenali roomatenya. Ya, roomate, tapi bukan sekadar roomate, Allah telah aturkan segalanya, lebih dari apa yang disangka.

"Ibu, Dya nak balik bu.. Dya taknak duduk sini, Dya nak dekat dengan ibu. Ibu, bawak Dya balik bu.. Tolong bu..." Rintih Dya berulang kali kepada ibunya di hujung talian. Hanya Allah yang tahu betapa payahnya Dya menahan penahan rindu terhadap ibunya, Mana tidaknya, sepanjang hidup Dya, Dya tidak pernah berjauhan dengan ibunya. Inilah kali pertama, tambahan pula sejauh ini, mana mungkin Dya dapat menerima segalanya dalam masa baru seminggu. Tanpa Dya sedari, ada orang yang mendengar perbualannya di telefon tadi. Azan dari surau asrama lelaki berkumandang mengejutkan Dya dari lamunan yang panjang.

"Dya, Syifa', Jom pergi surau." Sapa Iman lantas menutup pintu bilik. Sudah seminggu Iman melakukan perkara yang sama setiap kali dia hendak ke surau. Tapi nyata Allah lah yang membolak-balikkan hati insan. Dya dan Syifa' seperti biasa, hanya solat di dalam bilik, tanpa berjemaah. Bagi Dya, cukuplah seminggu MHS dia dipaksa solat berjemaah. Dya rasa janggal dengan itu semua, mujurlah Syifa' satu kepala dengannya. Cuma terkadang rimas juga dengan setiap ajakan Iman. Dya rasa kurang selesa, rasa benci, menyampah dengan setiap perkara baik yang cuba Iman terapkan dalam dirinya.

Tiga bulan berlalu..

Hati Dya masih merasakan yang sama, terlalu asing dengan biah di sini. Dengan pemakaian tudung labuhnya, dipaksa pakai 'stongan', 'stokin'. Hatta pergi ke tandas pun, terpaksa pakai tudung labuh. Tambahan pula dengan paksaan supaya mereka memakai kain kemana saja tempat yang dituju, walaupun hendak bersukan di  tingkat bawah kolej kediaman. Dya gelisah dengan semua tarbiyah yang secara senyap cuba menelosori segenap ruang hatinya. Rasa marah, geram, memang sebati dalam diri sejak Dya tinggal ditempat asing ini..

"Dya, Syifa', jom pergi surau.." Seperti biasa, Iman akan melaungkan kalimah yang sama. "Suka hati orang la nak solat kat mana pun!!" laung Dya dengan harapan akan didengari oleh Iman.

"Dya, Syifa', bangun, subuh dah, bangunlah, jom pergi surau.." Iman seperti biasa melakukan tugasnya setiap hari, membangunkan kedua roomatenya yang agak liat untuk bangun tidur. "Syifa' abc la.." balas Syifa'. Dya yang masih tidak berganjak dari tempat beradunya hanya membatukan diri, Iman menarik tangannya untuk bangkit mengerjakan solat. Dya akhirnya terpaksa akur. Setelah berwuduk, Dya mengerjakan solat di bilik. Seusai solat, Dya menadah tangan, berdoa, Entah mengapa, air matanya menitis perlahan..

"Ya Allah, aku rindukan ayah dan ibu. Kau bagilah aku peluang untuk jumpa mereka. Aku tak nak duduk sini Ya Allah, Aku nak dekat dengan ayah, dengan ibu.." Doa Dya di atas tikar sejadah, lama dia menangis, hinggakan wajahnya yang putih itu bertukar kemerahan, tersedu-sedan.. Sampai begitu sekali Dya merindui ibu ayahnya. Kasihan Dya. Dalam Dya asyik melayan perasaan, satu tangan hinggap di bahunya. Tanpa Dya sedari, Iman telahpun masuk ke bilik dari mula dia berdoa.. Dya memalingkan mukanya ke arah Iman., lantas memeluknya dan menangis sekuat hati. "Iman!! Dya nak balik, nak jumpa ibu ayah, Dya tak nak duduk sini Iman!! Dya tak suka tempat ni. Suasana kat sini tak sama dengan tempat Dya, Dya benci duduk sini Iman!! Dya benci!!!" Dya meluahkan segalanya apa yang terbuku dihatinya selama ini. Iman hanya mendengar dan mengusap perlahan belakangnya. "Dya, kadang2 Allah bagi kita rasa kepayahan supaya kita rasa kebahagiaan yang berpanjangan suatu masa nanti, Dya kena sabar. Allah tak uji Dya macam ni kalau Dya tak mampu tau." Suara Iman perlahan, bimbang kata2nya mengguris hati Dya. Tangisan Dya berpanjangan. "Tapi Dya rindu sangat dengan ibu, dengan ayah. Bila Dya boleh jumpa ibuayah, Dya tengok semua orang boleh jumpa ibuayah mereka kat sini, kenapa Dya tak boleh.." Balas Dya yang ternyata rindu benar terhadap orangtuanya.

"Dya, ibuayah Dya hantar Dya kat sini sebab nak tengok Dya berjaya kat sini tau, Mereka bukannya nak saja2 hantar Dya ke sini, jauh tu Dya, kalau benar Dya sayangkan mereka, Dya kena belajar rajin2 kat sini, supaya mereka gembira nanti. Mereka tak nak Dya lemah macam ni Dya, Dya kena kuat. Iman pun tak kuat sebenarnya kalau tanpa Dya tau tak.." Dya terdiam, apa benar Iman tak kuat tanpa dirinya, apa yang ada pada dirinya, hanyalah kelemahan, Dya tak nampak apapun keistimewaan yang ada pada dirinya.

Tanpa sedar, bulan ramadhan membuka tirainya..

"Dya, Syifa', bangun cepat, kita qiam jom." lantas Dya bangun, hatinya tergerak utk qiamullail. "Alhamdulillah, macam ni la Dya, kuat.." Seloroh Iman tatkala melihat Dya yang terkebil2 menggosok mata. Dya hanya tersenyum. Syifa' yang melihat Dya bangun, akhirnya bangun jua melawan nafsu mengantuknya.. Setelah ketiga mereka berwuduk, Iman menghamparkan tikar sejadah di segenap sudut bilik mereka. Lalu menghambakan diri masing2 dengan hanya disinari cahaya lampu tidur. Kedengaran suara tangisan Dya ketika  sujud. Menangisi dosa2nya. Terimbau kembali bagaimana angkuhnya Dya dengan syariat Tuhan, menolak pemaikaian tudung labuh yang sebenarnya memberi perlindungan, menolak pemakaian stokin dan stongan yang nyata menutup auratnya. "Astaghfirullah, aku banyak dosa, ampunkan aku ya Allah, Engkaulah tempatku memohon.. Kuatkan aku ya Allah.." Pohon Dya berulang kali, Iman dan Syifa' menangis sama melayan perasaan bersama kekasih mereka yang Agung. Malam itulah yang menyatukan hati2 mereka. Iman mengucap syukur berulangkali. Doanya selama ini telahpun Allah makbulkan. Tugasnya mentarbiyah nyata payah, namun hasilnya begitu membahagiakan.

Keesokan harinya,

"Syifa', jom pergi surau" Seolah2 ada 'seruan azan tambahan' di dalam bilik B134 itu.. Syifa' tersenyum, Dia mengambil tudung dan memakainya. Dengan kadar yang segera, Syifa' menuju ke bilik air untuk berwuduk. Iman kehairanan, selalunya sebelum azan berkumandang, dia akan melihat Dya balik ke bilik utk persiapan solat. Tetapi kali ini tidak. Iman mengatur langkah menuju ke surau. Setibanya di muka pintu surau, Iman tersenyum melihat Dya sudahpun duduk bersimpuh di tikar sejadah. Alhamdulillah, hatinya mengucap syukur.

Begitulah hari2 seterusnya, Dya mengenal erti tarbiyah itu dari wasilah yang Allah jadikan untuknya, iaitu Iman.. Dan sekarang mereka telahpun dipisahkan, tidak lagi duduk di bilik yang sama, Namun, itu tidak langsung menggugat hati Dya untuk terus berubah. Setiap kali azan berkumandang, Dya pasti akan mencuba sedaya upaya agar dirinya lah yang menjadi orang pertama menjejakkan kaki ke surau.

Ya Allah, ternyata, Engkaulah yang memegang hati2 insan yang Kau ciptakan. Maka, Kau pegangkanlah hati2 kami Ya Allah.. Ya Allah, aku rindukan suara seruan yang mengajakku ke surau, aku rindu saat kami bersarapan bersama, aku rindu saat kami tidur dikatil yang sama, aku rindu segala-galanya yang telah kami lalui bersama Ya Allah, Kau satukanlah hati2 kami sepertimana Engkau satukan hati2 orang yang beriman, amiinnn.."





p/s: Jalidah, Alia, banyak lagi nak cter, terlalu banyak rakaman hikayat cinta B134, tapi ni skit jer.. Jalidah, Alia, kte rse bahagia sangat bersama Jalidah n Alia.. Thanks to be such a goodest friends to me.. 

Thursday, 23 February 2012

pengakhiran cinta kita...

Allah Engkau dekat...
penuh kasih sayang, 
xkan pernah Engkau biarkan hambaMu menangis..



                 Perjuangan, Jihad hanya kerna ilmu.. Tiada yang indah
 melainkan dapat merasa manisnya ukhuwah yang terbina berpaksikan
      cinta Allah, bertemu berpisah, hanyalah dua kalimah..
  Sesungguhnya caturan Allah itu adalah sebaik2 percaturan...!!




Teman, hari ini, pada tarikh ini.. Boleh jadi hari terakhir kita bersama menyemai kasih, menuai rasa cinta.. Dan pasti! hari ini hari terakhir kita berpimpin tangan melangkah ke medan jihad, hanya demi ilmu...! Biarlah Allah menjadi saksi, suburnya hati2 kita bermadu kasih.. Tulusnya hati2 kita dalam bercinta.. dan biarlah Allah menjadi saksi, beratnya rasa hati apabila waktu itu memisahkan kita, moga Allah juga menjadi saksi, betapa kentalnya jiwa2 kita melangkah ke medan jihad, tanpa ada tangan yang memimpin, tanpa ada teman yang berjuang seiring.. 


Ya Allah, hari ini, pada tarikh ini, Engkau telah takdirkan perpisahan antara kami, tiada kata yang terluah, melainkan pujian hanya kepada Engkau, kerana tiada perpisahan melainkan pada awalnya telah Engkau adakan pertemuan, dan tiada kata pada pertemuan melainkan hanya bahagia.. Ya Allah, Sungguh!! percaturanMu amat indah!! Antara 2 kalimah, Engkau selitkan rasa kasih, rasa sayang, benci mahupun dengki mendengki.. Ya, 2 kalimah, pertemuan-perpisahan.. Hayat yang Engkau taklifkan, sudahpun lengkap kami isikan, dengan coretan kenangan pahit dan manis.. Benar, Manis saja tidak cukup untuk kita merasakan makanan kebahagiaan itu.. Ya Rahman, Sungguh! Nilai kasih sayangMu selautan berbanding kasih sayang antara manusia.. Engkau jadikan 2 hati terikat menyimpul kasih, namun di akhirnya Engkau takdirkan 2 jasad terlerai oleh waktu.. Hikmah yang Engkau adakan tak terjangkau oleh minda2 kami... Hanya kepadaMulah kami berserah diri..


Wahai diri, bersabarlah, jangan kau kesalkan pada perpisahan, mahupun pertemuan... kerna segalanya sudah tertulis sebelum engkau mengenali dunia.. Andai hari ini hari terakhir pertemuan 2 jasad, biarlah hari ini juga menjadi hari pertama  2 hati saling mendoakan,.. kerna ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan pula pada manisnya ucapan di bibir, bukan pada pemberian atau hadiah semata2, tetapi pada ingatan terhadap saudaranya di dalam doa... 




  " Di jalan Allah, persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu, persahabatan ini adalah
   perancangan Allah yang mengetahui segala rahsia, kerna Dialah aku mengenalimu dan kerna Dia juga telah menetapkan kita mengukir 1001 kenangan, persahabtan ini sudah pasti terisi dengan kasih
      dan sayang, moga persahabatan ini berkekalan selamanya, bernaung di bawah redhaNya... "




  
                   Persahabatan umpama untaian tasbih, ada permulaan, 
                       tiada  berpenghujung..






              Imana, Ecah, Qayyum, Yati, Aishah Sabri, Aisyah jamaluddin, Yumni, Mimi, Ummu
                                            Rita, Fadila, K.dayat, K.long, Najiyah, K.mar..


* Aku hanyalah apa yang diciptakan Allah.. Kelemahan yang aku miliki menjadi bukti betapa lemahnya aku menjadi seseorang yang bergelar sahabat.. Ketahuilah teman, Aku sudahpun mencuba yang terbaik, segala yang terlopang yang aku ciptakan,, kasar tutur kata, terlanjur bicara, terlebih bercanda shgga mengguris hati2 kalian, harap dimaafi,, Akhir kalam, terima kasih atas corak2 khidupan yang kalian telah warnakan pada hati seorang pengembara ini..


Tulus ikhlas menyayangimu,
Tasbih Putihku...

Thursday, 16 February 2012

bila kasih mula terpatri...

Assalamualaikum hamba2 Allah, lbh krg 3 mggu dh berlalu, tp kenangan itu msh hdup lg dihati, msh segar di ingatan, chewahhh.. serius, 3 mggu dh brlalu,,, waktu itu, kasih antara kami mula terpatri.. Takdir Allah itu sgt indah, kte slalu merungut, "ish, ust ni, kalo die bg sumbangan xpe, ni kne cri sumbngn sndri, mnyusahkan btl la koko ni, xsbr nye nk tggu projek ni hbs,, biar terungkai smue wayar yg berserabut kat kpala ni..!!" astaghfirullah... ana silap, nah!! ambik, 3 mggu dh brlalu, msh terindu2 saat itu, tp bumi itu tetap berlegar di paksinya, tunduk pd perintah Ilahi,, menukar hari ke hari...


    Okay, ana mule pd tarikh ini, 25/1/2012, kami (ana & sahabat2) menaiki bas ke kedah, 7 org naik kat tesco, 10 org lg naik kat dpn UM ni jer.. ana?? naik kat tesco la.. ap lg.. nk cuci mata la katakan.. =) untung2 dpt tgk dpn mata sndiri kembar ap ntah nmenye,, yg kwn ana taksub sgt tu.. kembar tolo kot... dh2, naik bus kat tesco dlm pkul 9.30p.m, tp btolak ke tesco jam 6p.m, awl kan??? nk jejalan dlu kat tesco.. naik jer bus jam 9.15 tu,, mmg ktorg 7 org ni la yg conquer sit tgkat bwh bus tu.. cme ad 2 org jer makhluk asing, dhla lelaki,,, pnye la ishhhhh, susah nk sebut, mmg payah gak la nk tdo dlm bus tu.. dhla pjalanan lbh kurang 6 jam, mne taknye,, pakcik tu tdo bdengkur pnye la kuat,, kalo mcm bnyi gitar or instrumental xpe.. ni mcm bnyi org nazak... ana tgk kkwn sume nyenyak gler tdo.. yg peliknye pakcik tu duduk sit dpn, ana n shbt kat sblh duduk sit blkg skali... yg len duduk antara kami tu mmg tdo beruang panda larrrr... ana ni dh nk nek drh tggi dgr pakcik tu sdap2 tdo, tp ana n shbt kat sblh duk dgr muzik klasik die tu.. sabo jerla.. dhla dgn kepala pening nye jalan bengkang bengkok, aduhai... ana ni kalo nek transport jalan jauh, blm bjln pon transport tu ana dh pejam mata bg tdo... alih2 pakcik tu 'sopan' sgt tdo smpai ganggu ana pnye "sleeping timetable" hehe... 


      okay dh jauh sesat ni... hmm, smpai jer kat terminal shahab perdana tu, turun la bus tu dgn muka yg nmpak tertekan ckit... nk relax kat surau, tutup plak.. aduh3,,, nsib bek ade tandas kat situ, so kami 7 org ni pi la cuci2 ap yg ptut, maklumla lps bgn tdo la katakan... cop3...! dh siap sume, bus shbt2 ana yg 10 org lgi tu pon smpai.. duk jauh2 kot, sbb xlarat la nk pi kat diorg, ana duk jer kat tmpt brg2 ana.. hm, mmg jenis xleh duk diam pnye org, ana dgn shbt ana sorg ni try la senaman demi matahari tu, utk adik2 time jd faci nnti,,, try pnye try, ade la 2 org hamba Allah nek moto ni duk tgk2,,senyum2... hm..ana xprasan lg, yg shbt ana ni plak pnye la baik pnye sahabat, die tau tp die diamkan jer... dh siap ana bt action tu bru prasan mamat tu duk tgk2..alamak!!! malu bkn kepalang la jawabnye... rse nk msuk jer muke ni dlm bagasi2 tu.. then blh plak mamat tu patah balik dgn motonye tu duk parking dpn tempat ktorg duduk tu, senyum2.. ana bg kang!! patah gigi br tau!! hm... ana pon lari la dgn slumbernye pi duduk ckp2 ngn pakcik2 teksi dkt2 situ.. adoi... pa yg tgk tu... jgnla kata ana nk ngorat pakcik tu plak.. dh branak pinak la cik kak oi... hm...adela 'poret' ckit pasal family pakcik2 tu... siap take a picture lg ngn diorang..hehehe..


      hm... pastu ktorg gi simpan brg2 kat satu motel, then ktorg p la masjid berdekatan utk solat n brsihkan dri.. subuh tu jalan kaki.. mmg nikmat Allah tu, luas... susah nk ckp, seriously i love kedah more than kelantan, kalo min nahiyati viewnye la... amboi, rojak plak bhs2 ni ana kejekan..kihkih.. pastu kan..lapaq la... lepas dhuha bru kami patah balik pi shahab, sarapan.. yg 2 org laki guide leader kami pi masjid td, hampeh btulla.. diorg dh kekenyangan breakfast kami ni bru nk plih mknn.. mmg terbaekla guide leader tu, mmg arrijallu qauwamun alan nisa' laarrr.. ops, sori yer guide leader yg bertauliah sgt tu.. ana gurau kasar ckit.. dh time nk mkn tu bru ktua guide leader yg sorg ni mai dgn shbt2 dia 3 org lg.. ok stop plis!! siap mkn sume, p la kat motel sukma tu (ingt lgi nama die sbb nama taman tmpat ana tggl, feel-kerinduan) , pi angkut sume beg2 tu nek bus pi ahhhhh, ni la destinasi kami sebenar.. MAKTAB MAHMUD POKOK SENA.. eh, ckup smpai cni dlu la,, ni bru mukaddimah die, afkar dgn khotimah len kali la deh.. mntk maaf sume.. yg pasti!! ana rindu saat itu...



                    ni la antara 10 org yg nek bus dpn UM ni jer, tp kat cni ade 7 org jer, ana pati sorg jd
                           camerawomen, n 2 org lgi tu xpayahla.. sek jate deh... amboi.. byk brg tuuu




    hah... ni la tmpt ana n shbt ana tu wat exercise.. hehe.. semangat demi matahari tu dtg tak cun time btl la..




                                            hm.. poret time la ni... tgk tv la.. rindu tv kat umah...



                     ni plak tmpt kami breakfast, xjauh pon, tgkat ats shahab tu jer.. terbaek.. smpai shbt
                                 ana sorang tu bg pujian lgi kat nasik lemak kat kedai mkn mne ntah..

          
                                  hah! ni kat motel sukma.. tmpt kami simpan brg2 yg byk gler tu..


                         hm, ni otw to MMPS, spnjg pjalanan dlm bus ni, ana qada' ana pnye tdo yg
                     terbantut kat dlm bus ekspress td,,hehe.. mmg qada' shbsnye, sdar2 dh smpai pon..


                  Alhamdulillah, sampai gak kt hadaf utama kami, tp nk tau tak, kami diuji lagi pastu,
                                           nak tau kene uji ape?? cer tgk picture kat bwh ni!!


              hah!! ni la ujian sterusnye.. sampai2 jer kne duk cokoh kat dpn pagar, tggu org jemput..
               ops, sori.. sabar itu mmg mngambil bhagian yg sgt besar dlm iman... assalamualaikum...

Thursday, 5 January 2012

Redha seorang Hamba...

Raut wajahnya tenang, setenang air di lautan.. setenang wajah-wajah orang yang beriman.. Dia, wanita yang ku sanjung akan budi pekertinya, jasanya tak pernah lekang, senyumannya sentiasa diukir walaupun ujian Allah itu sentiasa mengirinya.. Wajahnya bagaikan redha dengan suatu pemergian. Ya, pemergian orang tersayang, orang yang boleh membawanya ke neraka, tetapi orang itu jugalah yang akan membawanya ke syurga.. Dia percaya orang itulah yang bakal memimpin tangannya ke mahligai bahgia yang kekal abadi.. Subhanallah, aku benar2 tertarik dengan akhlaknya.. tidak setitis pun air matanya menitis membasahi wajahnya yang putih gebu,. tidak sekalipun terdengar dengusan dr mulutnya akan pemergian orang yang telah memberinya zuriat.. suami yang dia cintai hanya kerana Allah.. Dia redha dengan ketentuan Sang Pencipta.. redha dengan qada' dan qadar Pemilik Hati.. dan kerana itu dia bersabar atas apa yang menimpanya.. sungguh kuat hatinya, hati yang merindui belaian kasih dan sayang dari seorang lelaki yang halal baginya.. Ya Allah.. terimbau kembali saat-saat terakhir dia bersama pemilik cinta halalnya. 

Abang: Sayang, kalau Allah ambil aiman(anak sulung) dari kita, sayang nak buat apa?
Iman: Iman redha, sebab Iman tahu yang Aiman tu Allah cuma bagi pinjam kat kita.. Abang pun mesti redha kan..
Abang: Ye, insya-Allah abang akan redha seredha2nya, tapi kalau allah ambik sayang dari abang, mesti abang susah nak trima, sebab sayanglah penguat abang, kalu sayang dh xde, mcm mne abang nk hidup..
Iman: Abang, kalau abang redha Allah ambik Aiman dari kita, abang mesti kena redha jugak kalau Allah ambik Iman dr abang, sebab iman dn Aiman same jer bang, dua2 allah bgi pinjam dkat Abang.
Abang: Beruntungnye abang dapat isteri mcm sayang, selalu bagi motivasi untuk abang ingat pada Allah, ingat pada ketentuan Allah. tapi sayang mesti rasa rugi kan sebab dpt khwin dgn abang, yelah abang dulu kan mane prnah kenal agama, solat pun abang xlaksanakn, hidup abang penuh dosa.. tapi hidup sayang penuh dengan ilmu agama. sayang terlalu sempurna bg abang..
Iman: abang, abang tahu x iman terlalu bangga kat abang, terlalu sayangkan abang. tapi semuanya kerana Allah.. abang tahu tak yang Allah lebih sayangkan abang, sebab Allah selamatkan abang dari terus bergelumang dengan dosa, Allah sayangkan abang sebab tu Allah bukak pntu hati abang untuk bertaubat, semuanya kerana Allah..
Abang: Eh, kalau Allah sayangkan abang, kenapa Allah xambik abang jer ek?.. kenapa Allah tak ambik abang dari sayang, aiman, haikal dan syafiq jer ek...? hehe
Iman: nakal la abang ni, sje nak kenakan Iman, hmm.. kalau allah ambik abang, itu tndenye mmg Allah sayangkan abang, tp kalau allah xambik, mksdnye Dia nk bagi Iman sayang abang puas2 dlu...hehe
Abang: hmm.. yelar... abang akur sayang menang.. sayang, abang laparlah..
Iman: Abang nak makan ape? biar Iman masak. 
Abang: eh, tak payahla masak, kita makan kat luar.romantik la sikit..kebetulan putera2 kita ziarah mak kat kpg.. jom
Iman: abang ni mcm budak2 la.. abang kan bru balik kerja, xpenat ke nak drive lagi pasni? kalu Iman drive confirm la kita xsampai ke destinasi nanti..hehe
Abang: hahahaha.. tu lah sayang takut sgt nak drive. abang dh ajar pun masih xbrani nak duduk driver sit tu. 
Iman: alah, iman takutlah nk drive. Iman xbrani ble tgk kenderaan2 besar dkt jalan raya tu..
Abang: hmm..sayang ni.. nanti kalau abang xde sayang mesti try jugak drive sampai sayang betul2 brani yer. yela nnti kalau abang xde sape nak hntar n ambik putera2 kita dr sekolah.. ah, jomlah, xkisah abang xpenat pun. ble tgk muka comel sayang kepenatan abang semua dh hilang..lgipun dapat kita beli barang dapur jugak.. kan dh nk hbis kan?
Iman: eh, mcm mne abang tahu? 
Abang: abang tahulah, abang selalu intai sayang memasak kat dapur tu..sbb rindu ssgt kat sayang..kalau boleh nak tgk setiap saat.hehe
Iman: abang ni mula la tu.. Iman pun sayang abang sgt2..tp abang kene ingat. kene sayang Allah lebih tau..
Abang: ok puan! saya menurut perintahmu wahai bidadari jantung hatiku..=)
Iman: abang nih..... Iman cakap betul2 abang main2 pulak.
Abang: okeyh3.. abang gurau jer la sayang, sayang,,jomla...abang dh lapar ni...=(
Iman: yelar2.. tggu sekejap yer Iman nk pakai bersiap skejap.
Abang: jangan lame2 tau, jangan cantik2 sangat nanti ada orang lain  yang tgk sayang, abang cemburu tau.
Iman: Ye abang, Iman kemas cantik2 biar semua orang tgk termasuk mamak kat warung tu..
Abang: Iman.................!
Iman: Iman gurau jerla.. suke tgk abang bt muka..hihi..maafkan Iman yer abang..
Abang: Abang sentiasa maafkan sayang..

Di restoran,
Iman: abang, iman nak tgk barang kat kedai tu skejap, abang tggulah cni dlu, iman pergi skejap jer..
Abang: baiklah sayang, abang tggu cni, hati2 tau
Iman: ye abang.. 

Seorang suami yang terlalu kasihkan isteri, sehingga sanggup mengekori isterinya dari belakang kerana risau akan keselamatannya, bukan dia xnak bgtau isterinye yang die nk ikut, tp jawapan isterinya msti negatif, ada saja alasan agar suaminya tidak mengekorinya. di pertengahan jalan, dia menyusuri langkah isterinya dri belakang, matanya tidak lepas dri memandang isteri yang dikasihi, terlalu bimbang sebarang kecelakaan yang menimpa isterinya.. sehingga matanya tertarik pada 2 orang lelaki yang agak mencurigakan, terintai2 akan isterinya yang memegang handbag di tangan. Sedang 2 orang lelaki tadi menuju kearah isterinya dengan pegangan pisau di tangan, dia berlari ke arah isterinya. Tersalah sasaran, peragut tadi tertikam suaminya dr arah depan, tepat di bahagian dadanya, lalu mengeluh kesakitan, isteri yang terkejut menjerit sedang handbagnya telahpun diragut, dan tidak kurang juga tikaman yang terkena di bahagian bahunya.. beberapa hari kemudian...

Wajah Iman nampak suci keputihan, ketenangan di wajahnya terserlah. itulah redha seorang hamba.. Allah titipkan iman dan taqwa yang kuat dalam dirinya setelah dihujani ujian.. benar sekali, Allah sayang akan suaminya.. bukannya keegoan yang mahu dia pertontonkan dengan ketiadaan setitis air mata pun mengiringi pemergian suami yang tercinta, bahkan kekuatan rohaninya yang semulajadi wujud hasil dr didikan allah.. 

Di sepertiga malam, aku  tersedar dr suatu perjalanan alam lain(tidur), terdengar akan esakan yang jarang sekali  ku dengar. Aku bangkit dari pembaringan, terkejut melihat dia menangis dengan esaknya sehingga wajah bertukar kemerahan, sujud di tikar sejadah, mengadu pada Allah akan keberatan hatinya. Kerana dia tahu Allah lah pemilik hatinya.. subhanallah, aku ingin jadi sepertinya.. tempat adunya sama sekali bukan pada manusia, bahkan pd Allah Taala.. tepat sekali namanya seiring dengan kekuatan IMAN yang dia miliki.. ya Allah, kurniakan aku iman seindah imannya dan iman orang2 yang bertaqwa..allahhumma amiinnnn...:) 




create by: ...........