TasbihMu unTukku..

Tuesday, 9 July 2013

::: Ceritera Ramadhan :::

Bismillah~
Assalamualaikum w.b.t..

Syukur alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memberi peluang dan ruang kepada kita untuk sampai kepada bulan yang penuh barakah, bulan keampunan, bulan yang padanya terdapat satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Ya, bulan kita !! bulan Ramadhan..

Abu Hurairah r.a., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari. (Shahih Muslim No.1808)

Hari ni 1 Ramadhan, malam tadi dah pun selesai malam pertama solat sunat terawih. Bila bercakap pasal ramadhan, terimbau kenangan lalu, pada ketika menyambut bulan ramadhan, waktu kecik-kecik dulu, alahai liatnya nak puasa. Lagi-lagi bila part nak bangun sahur, mulalah drama 30 minit. Bila tiba bulan barakah ni, pasti dan mesti akan teringat benda-benda ni :

1. Sekitar umur sekolah rendah (tak ingat darjah berapa), selalu pergi masjid kat rumah dengan nenek. Solat terawih la katakan. Selalu pergi dengan kakak sekali. Sama-sama kami 'kecil' lagi time tu. Kalau kat dalam masjid tu, orang tua-tua selalu suruh kami yang kecik-kecik ni solat kat saf belakang sekali. Dalam fikiran mereka kami ni akan main-main ketika solat, buat bising, selalu gerak-gerak. Betul ke ? Apa larr... Tapi kan, ada betulnya jugak, hihi. Saya dengan kakak selalu tolak-tolak time orang tengah solat tu, solat menyandar la, tengok muka orang solat kat sebelah la, gelak-gelak la, cakap-cakap tak yah nak cakap la, memang makanan. huhu. Zaman fikiran tak matang kan, macam-macam benda yang orang tua-tua larang, makin kita buat. Adoi nakal jugak ek.

2. Time tu waktu sekolah rendah jugak la, biasa kami buka puasa kat rumah. Lepas maghrib baru nenek ajak pergi masjid. Pernah satu hari tu, mak beli air soya yang ori tu (orang semenanjung cakapla), kalau kami orang sarawak cakap 'air tahu' jer. Hmm.. biasalah kalau dah haus, main minum jer semua air yang terhidang. Sekali ketika solat terawih, tengah imam baca surah ni, boleh pulak budak yang cerdik pandai ni termuntah kat atas sejadah dalam masjid tu. Kecik-kecik mana nak tau malu kan ? hehe.. kesian nenek yang kena bersihkan. Dahla waktu tu solat kat saf depan sekali. Memang chantek !!! Nek, maaf nek.. huhu. Lepas tu taubat nasuha tak nak dah minum air tu lagi, memang tekak tak leh masuk air tu rupanya. :(

3. Haaa time ni dah masuk sekolah menengah, tapi tak ingat berapa umur secara spesifik. hehe. Bila masuk sekolah menengah ni, takde 'cerita gembira' sangat pun pasal puasa sebenarnya, sebab dah matang sikit kan ? :p Takdela, mungkin sebab kakak-kakak and abang duduk asrama kot. Tapi yang paling ingat, kami sekelas ni biasanya kalau bukan bulan puasa akan ada seorang wakil kelas pergi kantin tolong beli makanan. Siap buat jadual lagi tau. Kekadang ada jugakla yang langgar peraturan jadual tu, tak nak pergi kantin la. Tapi saya memang tak tersenarai, sebab...... huhu. Thanks kawan yang tolong belikan !! Tapi bila seminggu sebelum nak puasa tu, masing-masing akan berebut tukar shift, offer diri mereka nak belikan makanan untuk minggu depan. Nampak tak mainannya kat situ ? Agak lawak jugakla, hihik~

4. Bila dah masuk U, UMNP pulak tu, ambik Pengajian Islam kot. Time ni baru insaf, alhamdulillah jumpa sahabat-sahabat yang banyak bantu dekatkan diri ni dengan Allah. :') First time puasa tanpa family, jauh dari family, biasala orang yang tak pernah pisah dari keluarga, demam kot, tetiba jadi sebak. Tapi seronok sebenarnya, dapat buka puasa ramai-ramai dengan kekawan. Selalu beli makanan dekat bazar kecil kat depan UMNP tu. Lepas berbuka, terus siap-siap pergi terawih kat surau kolej. Kekadang solat maghrib berjemaah dulu pastu baru makan sesama. Tak main-main dah, kali ni serius. Dah matured kan ? :p Tapi kat nilam puri ni best, akan ada satu malam ada majlis buka puasa ramai-ramai, terawih ramai-ramai, ada ceramah dari ustaz luar, campur dengan ikhwah sekali, sebab kami punya surau asing-asing. Kalu dah campur-campur ni buat kat mana lagi kalau tak dekat dewan, agak rumit sikit la. huhu.

5. Kat NP ni jugak, ada seorang ustaz yang baik hati, dia akan jemput setiap majmuah (kelas) untuk datang kat rumah & masjid dia untuk buka puasa. Jadi, kami sekelas mula la sewa kereta nak pi sana sekali. Pernah juga terjadi salah sebuah kereta yang disewa tu boleh pula rosak. Nak balik UM macam mana ni ? Terpaksa salah seorang lelaki berkorban pi hantar akhowat naik satu kereta. Biasanya satu kereta tu akan ada 2 orang ikhwan & 3 atau 4 orang akhawat. Tapi kali ni, sorang ja akhi yang pi hantar, kat sebelah dia pula terpaksala seorang ukhti yang duduk. Punya la akhi tu membebel kat kami ni sepanjang jalan. Seolah-olah menyalahkan kami ni yang menyewa kereta yang rosak tu. Tapi niat dia baik sebenarnya, cuma cara tak berapa nak kena kot. huhu

6. Seterusnya masa yang terdekat, masa menanam anggur. Duduk rumah tunggu nak daftar masuk UMKL. Cuti 6 bulan tu.. huhu. Tahun 2012 !! Hah tahun ni la. Tahun ni la. (Speechless). Tahun yang saya rasa ramadhan yang paling banyak sangat mengubah saya. Kenapa ? Mana boleh bagitau. Rahsia saya dan Dia. Terlalu special, terlalu menyayat hati, terlalu mantap saya rasakan. Dan saya nak sangat-sangat ramadhan tahun ni boleh saya manfaatkan sepenuhnya macam tahun lepas. Ataupun lebih baik lagi dari tahun lepas. Dah cukup penat sangat-sangat dengan 1 sem yang cukup membuatkan saya terkadang fed-up. :'( So saya harap sesangat ramadhan kali ni boleh beri saya kekuatan yang dulunya pernah saya pegang, tapi skrg kian hilang. Allahhu~ sedih.

Nak tau tak ? Ramadhan kali ni, untuk pertama kalinya, family saya kurang seseorang. Pertama kali puasa tanpa nenek. Nenek dah pergi 100 hari dah. Hari ni ada kenduri tahlil nenek kat masjid. Masjid tu la tempat nenek selalu pergi dulu. Nenek selalu ajak saya pergi masjid bila dia nak belajar mengaji. Sebab tak ada orang nak jaga saya kat rumah (makayah kerja). Nenek pun 'orang kuat' masjid tu dulu. Hampir semua AJK masjid tu kenal nenek. Malam tadi solat kat masjid tu dengan mak. Tetiba air mata ni mengalir, teringat seseorang yang banyak berjasa. Tetiba nampak 'bayang-bayang' nenek membersihkan sejadah yang telah saya muntahkan. :'( Tengok kawan-kawan nenek, tetiba nampak 'kelibat' nenek belajar mengaji di sudut masjid tu. :'(

Petang semalam, mak ajak pergi ziarah kubur nenek. First time pergi, sebab masa nenek meninggal dulu tak dapat nak balik, jauh.. :'( Alhamdulillah semalam dapat sedekahkan surah yassin untuk nenek. Allah, yassin yang saya baca tu, neneklah yang ajar saya baca. Saya tahu, pahalanya pasti berlipat kali ganda selagi saya amalkan. InsyaAllah~ Tetiba teringat, masa darjah berapa entah, masa tu tengah baca yassin kat bilik nenek. Dah lama tak baca Quran (jahilnya) selepas khatam, jadi banyak tersekat-sekat, merangkak.. Pastu nenek tegur, "Nak tinggal lagi baca Quran ?" Saya jawab "Tak nak." Malu. Dulu, masa kecik-kecik, nenek yang ajar mengaji, nenek juga la yang mengajar anak-anak jiran mengaji. Selalu menangis masa nenek ajar, nenek garang, salah sebut tajwid sikit dia rotan. Tapi kalau nenek tak rotan, takla dapat wakil hafazan sekolah sampai peringkat negeri. Terima kasih nenek. Allah, nenek baik sangat. Dia ajar kami kenal Al-Quran, Kau tambahkanlah pahala buatnya. 

Allah, semalam lepas ziarah nenek, tetiba badan ni rasa sakit-sakit. Nak solat pun payah. Allah, Aku merayu padaMu, berilah aku qudrat untuk memperbanyakkan amalku pada ramadhan tahun ini. Aku ingin membersihkan hati yang dah banyak sangat ternoda dengan cinta dunia, cinta manusia. Aku lalai ya Allah.. Allah, aku ingin sangat nak jadi hambaMu yang bertaqwa, yang bersih hati, bantu aku ya Allah. Aku tak nak amalku cacat disebabkan penyakit hati. Allah, hambaMu ini ingin sangat nak rasa nikmat iman yang sebenar-benarnya, bantu aku ya Allah. Allah, hambaMu ini ingin sangat nak jadi yang solehah untuk ibu ayah dan keluarga, bantu aku ya Allah.. Allah, hambaMu ini ingin sangat nak keluarga yang teguh imannya, bantu keluargaku ya Allah. Allah, jika ini ramadhan yang terakhir buat hambaMu ini, Kau jadikanlah ramadhan ini ramadhan yang amat-amat bermakna buatku, Kau jadikanlah aku hamba yang bertaqwa dek kerana didikan ramadhan ini. Ya Allah, hambaMu ini banyak sangat dosa, ampunkanlah ya Allah. Andainya ramadhan ini benar-benar ramadhan seperti yang kuharapkan, aku redha sekiranya ia menjadi ramadhan yang terakhir~ Amiiin Ya rabbal 'alamiin..


p/s : Saya inginkan 'ramadhan saya' bersih dari lumpur dunia dan manusia. Sehubungan dengan itu, minta maaf andai sepanjang masa kita bersama, lagi-lagila sem 2 ni, ada yang terasa hati dengan saya, dan PASTI memang ada. Saya minta maaf sesangat. Khilaf dari saya harap dimaafkan. Ada yang sengaja dan ada yang tidak. Saya minta maaf. Kepada yang terasa dengan tingkah laku saya, saya minta maaf. Kepada yang terasa dengan kata-kata saya, saya minta maaf. Tiada khilaf lain yang dapat saya rasakan melainkan 'terasa'. Saya minta maaf kawan-kawan ! :'(  Allah, ampunkan dosa-dosa mereka yang telah memaafkan aku~ 

No comments:

Post a Comment