TasbihMu unTukku..

Sunday 18 November 2012

Lelaki berkerusi roda??

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t,

    Harap hati2 antum semua sihat dibawah perlindungan Rabbul 'Izzati. Alhamdulillah pd petang di hari yang penuh barakah ini penulis sedang menulis bertemankan suara selawat ke atas kekasih Allah, Subhanallah indahnya!! Hm.. Lelaki berkerusi roda menjadi pilihan hati?? Itulah yang ana nak ceritakan untuk entry kali ini. Kalau lah ditanya kepada enti dan enti bagaimana lelaki pilihan enti dan enti? Pasti tiada yang menjawab "Saya nakkan lelaki yang berkerusi roda." . Lalu soalan selanjutnya, bagaimana pula jika lelaki yang berkerusi roda itu solehnya mengatasi kesolehan lelaki yang sihat fizikalnya? Hm.. enti dan enti mesti tengah berfikir kan? Soalan yang ditanya bukanlah disengajakan, tetapi terdapat cerita lanjut disebaliknya. Ikuti kisahnya :

    Lelaki berkerusi roda? Ya, lelaki berkerusi roda itu telah mencuri hati lembut Sakinah. Agak-agak kenapa ya? Timbul pula soalan berikutnya. Kerana terserlah kesolehannya, Subhanallah hatinya kuat, jiwanya gagah, kekurangan kesempurnaan fizikal yang dimilikinya tidak sedikitpun melemahkan kakinya untuk melangkah ke masjid. Ya Allah~ Seteguh itu Kau pegang hati seorang lelaki beriman ini.. 

  Suatu fajar, menjadi kebiasaan Sakinah, berjalan kaki menuju ke surau di kolej kediaman yang didudukinya. Oleh kerana kedudukan biliknya yang agak jauh dari surau, dia tidak mampu untuk mendengar suara muazzin memanggil seluruh penghuni muslim untuk memperhambakan diri kepada Ilahi. Justeru itu dia membuat keputusan untuk pergi ke surau pada jam sekian2. Kebetulan pada pagi subuh itu, ketika dia berjalan kaki menuju ke pintu surau bahagian muslimat, laungan azan berkumandang memecah sunyi. Dia menutup sebahagian mukanya dengan kain telekung agar wajahnya tidak mampu dilihat oleh seorang dua lelaki sejati yang telahpun berada di hadapan pintu surau bahagian muslimin.

    Dan seperti kebiasaan juga, Sakinah lah yang menjadi mujahidah pertama melangkahkan kaki menuju ke rumah Allah. Menapaknya kaki Sakinah ke luar pintu asrama bloknya, dia pasti akan mengintai terlebih dahulu kerana bimbang kelibatnya dilihat oleh lelaki2 soleh yang jalan menuju ke tempat yang sama. Tanpa sempat mengundur langkah, tiba-tiba Sakinah melihat lelaki berkerusi roda itu berada betul2 dihadapannya. Mata lelaki itu pun terarah kepadanya. Lantas Sakinah menundukkan pandangan dan berjalan laju ke arah kanannya. "Allahu Rabbi, berdosakah aku jika lelaki tadi tergugat imannya? Ya Allah, hambaMu ini begitu teringin menjadi solehah, maka jauhilah diriku dari fitnah duniawi. amiinnn". Hati kecil Sakinah berdoa.

     Hari-hari berikutnya Sakinah menjalankan rutin subuhnya seperti biasa. Setelah azan subuh disuarakan oleh muazzin, dia mengambil peluang itu untuk melakukan solat sunat qabliah 2 rakaat, kerna kasihnya pada Rasul Allah, dia mencuba melakukan segala apa yang Nabi lakukan. Subhanallah, begitu indah akhlak seorang muslimah ini. Mindanya sentiasa mengingat satu hadis tentang kelebihan solat sunat muakkad ini.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanadnya daripada Saidatina Aishah r.a., isteri Rasulullah SAW, bahawa Baginda telah bersabda:

"Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya".


      Oleh kerana kata-kata Kekasih Allah inilah, Sakinah tidak pernah meninggalkan solat sunat 2 rakaat sebelum subuh. Bukan kerana terlalu menginginkan ganjaran daripada Allah, tetapi lebih kepada inginkan sumber kekuatan untuk menjalani aktiviti seharian, melainkan Redha Allah juga menjadi keutamaan dalam setiap perkara yang dilakukannya. Setelah menunaikan solat sunat, Sakinah menangkap bunyi geseran berada tidak jauh dari pintu bilik wudhu bahagian muslimat, lantas fikirannya mengingatkan lelaki berkerusi roda itu, hati Sakinah beristighfar.

      Tanpa sedar, hatinya berdoa, "Ya Rabbi, kalaulah kau beri pilihan kepadaku untuk memilih, pasti ku pilih lelaki berkerusi roda itu daripada aku memilih lelaki yang sihat tubuh badannya tetapi tewas di katil sendiri..."



#Moga Allah Redha#