TasbihMu unTukku..

Thursday, 1 March 2012

Saat Hidayah Allah datang...

" Arghhhhh!!! napela aku dpt roomate ni, aku nk dgn Zerah.. alih2 dpt 2 org ni.. dahla aku xkenal, lain2 course plak tu.. ish,!! sapelah Iman an Syifa' nih.....???!! xknal pon lar!!"

Rintih Dya menahan geram. Hari ini, hari terakhir Minggu Haluan Siswa (MHS), sekaligus hari penentuan bilik di kolej kediaman. Dya, seorang siswi jurusan Pendidikan Islam di sebuah universiti terkemuka di Malaysia. Sepanjang MHS, Zerah lah sahabatnya, kemana saja perginya, pasti sahabatnya itu ada disisi menemani. Sedangkan baru kenal hari kedua MHS, kebetulan mereka mengambil jurusan yang sama.

Dya: Eh, awak ambik course apa di sini??
Zerah: Pendidikan Islam. Awak? Sape nama awak ek??
Dya: Samalah, Pendidikan Islam, saya Dya.
Zerah: Saya Zerah.

Dari situlah mulanya mereka membina ikatan persahabatan, Sejak hari itu juga, kemanapun mereka pergi pasti bersama. Ke dewan, ke kantin, setiap slot MHS, pasti beriringan berjalan. Sampaikan ketika setiap slot yang membosankan di dewan, mereka tidur bersama. Kurang tidur agaknya, mana tidaknya, mereka hanya dibenarkan tidur pada jam 1 pagi, kemudian bangun pagi seawal jarum jam mengarah ke angka 3. Mungkin sebab itu juga Dya sering menangis ketika menelefon ibu ayahnya, mengadu tentang sikap pimpinan yang sering marah2 pada waktu malam, sehinggakan waktu makan mereka pihak pimpinan telah singkatkan kepada hanya 3 minit sahaja. Tapi, Dya, seorang gadis yang berasal dari sebuah negeri yang terlalu asing dgn kalimah tarbiyah, mana mungkin mengenal akan tarbiyah ruhaniyyah yang cuba dipraktikkan oleh pihak pimpinan pada dirinya. Kesian sungguh Dya.. Kehendaknya utk melanjutkan pelajaran di universiti lain disekat oleh ayahnya sendiri yang begitu meinginkannya menjadi seorang guru, serta belajar di universiti yang begitu gah di persada negara. Hendak melawan, tidak mungkin, Dya tidak pernah melawan setiap kehendak ayahnya, kerna dia tahu, setiap apa yang ayahnya aturkan untuk dirinya, pasti akan membuahkan kejayaan kpdnya di hari mendatang. Akhirnya Dya terpaksa akur.. Mungkin sebab inilah hatinya tidak pernah puas dengan setiap buih2 tarbiyah yang cuba ditiupkan ke dalam dirinya, pasti Dya akan melawan, marah, geram. Itulah Dya, memberontak.

      "Ibu,,, Dya nak balik... xnak tggal kat sini.. Dya rindu ibu dan ayah. Dya tak nak tggal kat sini. Dya nak blajar kat sana bu. Nak dekat dgn ibu. Tolonglah faham Dya bu. Tolonglah.." "Ayah, Tolong Dya ayah, Dya taknak tinggal kat sini. Kakak2 tu selalu marah2, Dya tak faham, tolonglah ayah, Dya nak balik.." 

    Itulah kata2 Dya setiap kali dia menelefon ibu ayahnya. Setiap malam MHS, Dya akan mengambil peluang yg ada walaupun hanya 3 minit untuk dia melepaskan segala2nya pd kedua org tuanya. Tangisannya pasti kedengaran di hujung talian telefon. Namun, tidak semudah itu ayahnya menarik balik keputusan utk melihat Dya dewasa sebagai seorang pendidik. Ibu, hanya mampu mendengar tangisan Dya, Tidak mampu membuat keputusan, kerana dia pasti pilihan suaminya adalah yang tepat. Walaupun setiap kali Dya menelefonnya, pasti airmatanya akan jatuh jua, mana mungkin hati seorang ibu sanggup mendengar tangisan anaknya yang berada jauh dinegeri orang, sedangkan dia tidak mampu berbuat apa2.

    Jam 5 petang, kedengaran suara pimpinan supaya para siswi mengambil kunci bilik di pejabat asrama. Hati Dya terasa panas. Entah mengapa, Dya merasakan hatinya tidak pernah tenteram dengan biah yang ada di tempat ini, tempat yang terlalu asing baginya.

"Assalamualaikum, Awak Dyana ek?" Sapaan drpd seseorang yang tidak dikenalinya memecah kesunyian Dya. Dya mengangguk. "Saya Iman. Kita akan duduk satu bilik, Jom kita pergi ambil kunci bilik sekarang" Iman menarik tangan Dya supaya mengikut dirinya. Namun Dya tidak pula menolak, langkahnya diatur menuju ke pejabat asrama. Dya merasa agak janggal dengan pegangan tangan Iman. Dia dapat merasakan sesuatu. Merasakan sesuatu yang dia tidak pernah dapat sebelum ini. Tapi cuma seketika, Hatinya yang keras menolak segala perkara yang baginya agak sentimental untuk difikirkan. Nyata cuma Allah yang tahu segalanya.

Dya: Iman, Dya nak ambik barang2 sekejap. Iman pergilah bilik dulu. 
Iman: Okay, banyak ke barang? kalau banyak Iman boleh tolong angkatkan.
Dya: Takpelah, Dya boleh angkat sendiri. Thanks..
Iman: Hmm, takpelah, Iman pergi dulu, Dya hati2 tau.

Dya pun mengatur langkah menuju ke biliknya untuk mengambil beg2 pakaian. Sepanjang MHS, mereka ditempatkan di bilik sementara untuk menginap selama seminggu. Setibanya di bilik, Dya melihat Iman dan seorang lagi siswi yang tdak dikenalinya, barangkali roomatenya yang seorang lagi, Syifa'.. "Dya, masuklah, Ni lah bilik kita." sapa Iman terlebih dahulu setelah melihat Dya tercengang di depan pintu bilik. Iman menolong Dya mengangkat beg2nya ke dalam bilik. "Oh Dya, ini Syifa', lepas ni kita akan duduk bertiga." Iman memperkenalkan Syifa' kepada Dya. Syifa' tersenyum kepadanya, Dya membalas sekadar yang mampu. Kepenatan agaknya.

Disitulah Dya mengenali roomatenya. Ya, roomate, tapi bukan sekadar roomate, Allah telah aturkan segalanya, lebih dari apa yang disangka.

"Ibu, Dya nak balik bu.. Dya taknak duduk sini, Dya nak dekat dengan ibu. Ibu, bawak Dya balik bu.. Tolong bu..." Rintih Dya berulang kali kepada ibunya di hujung talian. Hanya Allah yang tahu betapa payahnya Dya menahan penahan rindu terhadap ibunya, Mana tidaknya, sepanjang hidup Dya, Dya tidak pernah berjauhan dengan ibunya. Inilah kali pertama, tambahan pula sejauh ini, mana mungkin Dya dapat menerima segalanya dalam masa baru seminggu. Tanpa Dya sedari, ada orang yang mendengar perbualannya di telefon tadi. Azan dari surau asrama lelaki berkumandang mengejutkan Dya dari lamunan yang panjang.

"Dya, Syifa', Jom pergi surau." Sapa Iman lantas menutup pintu bilik. Sudah seminggu Iman melakukan perkara yang sama setiap kali dia hendak ke surau. Tapi nyata Allah lah yang membolak-balikkan hati insan. Dya dan Syifa' seperti biasa, hanya solat di dalam bilik, tanpa berjemaah. Bagi Dya, cukuplah seminggu MHS dia dipaksa solat berjemaah. Dya rasa janggal dengan itu semua, mujurlah Syifa' satu kepala dengannya. Cuma terkadang rimas juga dengan setiap ajakan Iman. Dya rasa kurang selesa, rasa benci, menyampah dengan setiap perkara baik yang cuba Iman terapkan dalam dirinya.

Tiga bulan berlalu..

Hati Dya masih merasakan yang sama, terlalu asing dengan biah di sini. Dengan pemakaian tudung labuhnya, dipaksa pakai 'stongan', 'stokin'. Hatta pergi ke tandas pun, terpaksa pakai tudung labuh. Tambahan pula dengan paksaan supaya mereka memakai kain kemana saja tempat yang dituju, walaupun hendak bersukan di  tingkat bawah kolej kediaman. Dya gelisah dengan semua tarbiyah yang secara senyap cuba menelosori segenap ruang hatinya. Rasa marah, geram, memang sebati dalam diri sejak Dya tinggal ditempat asing ini..

"Dya, Syifa', jom pergi surau.." Seperti biasa, Iman akan melaungkan kalimah yang sama. "Suka hati orang la nak solat kat mana pun!!" laung Dya dengan harapan akan didengari oleh Iman.

"Dya, Syifa', bangun, subuh dah, bangunlah, jom pergi surau.." Iman seperti biasa melakukan tugasnya setiap hari, membangunkan kedua roomatenya yang agak liat untuk bangun tidur. "Syifa' abc la.." balas Syifa'. Dya yang masih tidak berganjak dari tempat beradunya hanya membatukan diri, Iman menarik tangannya untuk bangkit mengerjakan solat. Dya akhirnya terpaksa akur. Setelah berwuduk, Dya mengerjakan solat di bilik. Seusai solat, Dya menadah tangan, berdoa, Entah mengapa, air matanya menitis perlahan..

"Ya Allah, aku rindukan ayah dan ibu. Kau bagilah aku peluang untuk jumpa mereka. Aku tak nak duduk sini Ya Allah, Aku nak dekat dengan ayah, dengan ibu.." Doa Dya di atas tikar sejadah, lama dia menangis, hinggakan wajahnya yang putih itu bertukar kemerahan, tersedu-sedan.. Sampai begitu sekali Dya merindui ibu ayahnya. Kasihan Dya. Dalam Dya asyik melayan perasaan, satu tangan hinggap di bahunya. Tanpa Dya sedari, Iman telahpun masuk ke bilik dari mula dia berdoa.. Dya memalingkan mukanya ke arah Iman., lantas memeluknya dan menangis sekuat hati. "Iman!! Dya nak balik, nak jumpa ibu ayah, Dya tak nak duduk sini Iman!! Dya tak suka tempat ni. Suasana kat sini tak sama dengan tempat Dya, Dya benci duduk sini Iman!! Dya benci!!!" Dya meluahkan segalanya apa yang terbuku dihatinya selama ini. Iman hanya mendengar dan mengusap perlahan belakangnya. "Dya, kadang2 Allah bagi kita rasa kepayahan supaya kita rasa kebahagiaan yang berpanjangan suatu masa nanti, Dya kena sabar. Allah tak uji Dya macam ni kalau Dya tak mampu tau." Suara Iman perlahan, bimbang kata2nya mengguris hati Dya. Tangisan Dya berpanjangan. "Tapi Dya rindu sangat dengan ibu, dengan ayah. Bila Dya boleh jumpa ibuayah, Dya tengok semua orang boleh jumpa ibuayah mereka kat sini, kenapa Dya tak boleh.." Balas Dya yang ternyata rindu benar terhadap orangtuanya.

"Dya, ibuayah Dya hantar Dya kat sini sebab nak tengok Dya berjaya kat sini tau, Mereka bukannya nak saja2 hantar Dya ke sini, jauh tu Dya, kalau benar Dya sayangkan mereka, Dya kena belajar rajin2 kat sini, supaya mereka gembira nanti. Mereka tak nak Dya lemah macam ni Dya, Dya kena kuat. Iman pun tak kuat sebenarnya kalau tanpa Dya tau tak.." Dya terdiam, apa benar Iman tak kuat tanpa dirinya, apa yang ada pada dirinya, hanyalah kelemahan, Dya tak nampak apapun keistimewaan yang ada pada dirinya.

Tanpa sedar, bulan ramadhan membuka tirainya..

"Dya, Syifa', bangun cepat, kita qiam jom." lantas Dya bangun, hatinya tergerak utk qiamullail. "Alhamdulillah, macam ni la Dya, kuat.." Seloroh Iman tatkala melihat Dya yang terkebil2 menggosok mata. Dya hanya tersenyum. Syifa' yang melihat Dya bangun, akhirnya bangun jua melawan nafsu mengantuknya.. Setelah ketiga mereka berwuduk, Iman menghamparkan tikar sejadah di segenap sudut bilik mereka. Lalu menghambakan diri masing2 dengan hanya disinari cahaya lampu tidur. Kedengaran suara tangisan Dya ketika  sujud. Menangisi dosa2nya. Terimbau kembali bagaimana angkuhnya Dya dengan syariat Tuhan, menolak pemaikaian tudung labuh yang sebenarnya memberi perlindungan, menolak pemakaian stokin dan stongan yang nyata menutup auratnya. "Astaghfirullah, aku banyak dosa, ampunkan aku ya Allah, Engkaulah tempatku memohon.. Kuatkan aku ya Allah.." Pohon Dya berulang kali, Iman dan Syifa' menangis sama melayan perasaan bersama kekasih mereka yang Agung. Malam itulah yang menyatukan hati2 mereka. Iman mengucap syukur berulangkali. Doanya selama ini telahpun Allah makbulkan. Tugasnya mentarbiyah nyata payah, namun hasilnya begitu membahagiakan.

Keesokan harinya,

"Syifa', jom pergi surau" Seolah2 ada 'seruan azan tambahan' di dalam bilik B134 itu.. Syifa' tersenyum, Dia mengambil tudung dan memakainya. Dengan kadar yang segera, Syifa' menuju ke bilik air untuk berwuduk. Iman kehairanan, selalunya sebelum azan berkumandang, dia akan melihat Dya balik ke bilik utk persiapan solat. Tetapi kali ini tidak. Iman mengatur langkah menuju ke surau. Setibanya di muka pintu surau, Iman tersenyum melihat Dya sudahpun duduk bersimpuh di tikar sejadah. Alhamdulillah, hatinya mengucap syukur.

Begitulah hari2 seterusnya, Dya mengenal erti tarbiyah itu dari wasilah yang Allah jadikan untuknya, iaitu Iman.. Dan sekarang mereka telahpun dipisahkan, tidak lagi duduk di bilik yang sama, Namun, itu tidak langsung menggugat hati Dya untuk terus berubah. Setiap kali azan berkumandang, Dya pasti akan mencuba sedaya upaya agar dirinya lah yang menjadi orang pertama menjejakkan kaki ke surau.

Ya Allah, ternyata, Engkaulah yang memegang hati2 insan yang Kau ciptakan. Maka, Kau pegangkanlah hati2 kami Ya Allah.. Ya Allah, aku rindukan suara seruan yang mengajakku ke surau, aku rindu saat kami bersarapan bersama, aku rindu saat kami tidur dikatil yang sama, aku rindu segala-galanya yang telah kami lalui bersama Ya Allah, Kau satukanlah hati2 kami sepertimana Engkau satukan hati2 orang yang beriman, amiinnn.."





p/s: Jalidah, Alia, banyak lagi nak cter, terlalu banyak rakaman hikayat cinta B134, tapi ni skit jer.. Jalidah, Alia, kte rse bahagia sangat bersama Jalidah n Alia.. Thanks to be such a goodest friends to me.. 

1 comment: