TasbihMu unTukku..

Monday, 17 September 2012

Kerana Sedekah

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum w.b.t..

    Harap iman2 dan hati2 kalian sihat.. =) Dipendekkan cerita, beberapa hari yang lalu, ada seorang hamba Allah ni dia pergi solat kat surau hostel dia. Bagi menunaikan solat maghrib secara berjemaah. Seusai solat maghrib berjemaah tu, seperti kebiasaannya, dia akan baca surat cinta Allah yang dia dah bawa siap2 dari bilik. Setelah menamatkan bacaannya yang lebih kurang dalam 6-8 muka surat tu, dia pun letaklah Al-Quran tu kat rak Quran2 jauh di sudut surau, sbb dia nak perbaharui wuduknya. Nak dijadikan cerita, masa dia nak letak Al-Quran tu, matanya terarah kpd satu novel islami yang terletak di bawahnya. Dia tu yang agak meminati novel juga, mengambil kesempatan utk membelek sebentar novel tersebut. Belek punya belek, tetiba matanya tertumpu pada satu helaian yang bertajuk "Sedekah berganda 120 ribu kali". Mula2 dia nk baca sikit jer, baca punya baca dah tersampai habis cerita pulak. hehe. Dalam masa lebih kurang 5 minit dia menghabiskannya, hatinya terdetik utk kongsi cerita berkenaan. jeng3... Alkisah bermulalah ceritanya~~~~


    KISAH TENTANG keindahan hati yang pemurah ini diriwayatkan oleh seorang ulama besar Fudhail bin 'Iyadh. Beliau bercerita :

    Ada yang bercerita kepadaku, bahawa ada seorang lelaki yang keluar dengan seekor kambing. Ia menjual kambingnya itu dengan harga satu dirham untuk membeli tepung. Setelah itu ia melalui dua orang yang sedang berkelahi. Ia berkata: "Apa ini?"

    Dijelaskan kepadanya bahawa mereka berkelahi hanya kerana merebutkan satu dirham. Maka, seketika terbitlah rasa kemanusiaannya. Ia pun memberikan satu dirham hasil menjual kambingnya itu kepada keduanya. Padahal ia sudah tidak memiliki apa-apa lagi. Setelah itu, ia pulang menemui isterinya dan menceritakan apa yang terjadi.

     Isterinya lantas mengumpulkan apa saja yang ada di dalam rumah untuk dijual, tapi semuanya tidak laku. Di tengah jalan ia bertemu dengan seorang lelaki yang membawa ikan yang sudah rosak. Pembawa ikan itu berkata kepadanya: "Engkau membawa barang yang tidak laku, begitu juga aku, bagaimana kalau aku beli barangmu dengan apa yang aku bawa ini?"

    Ia setuju. Maka mereka berdua lalu saling menukar barang. Dengan membawa ikan ia pulang ke rumah. Sampai di rumah ia berkata kepada isterinya: "Isteriku, bersihkanlah ikan inisegera! Kerana kita hampir mati kelaparan." Isterinya segera membersihkan ikan itu. Saat membelah perut ikan itu, ia mendapati sebutir mutiara dalam perut itu. Ia keluarkan mutiara itu seraya berkata kepada suaminya: "Suamiku, ada sesuatu keluar dari perut ikan ini agaknya sebuah mutiara! Apakah kamu tahu berapa kira-kira harga mutiara ini?"

    "Tidak tahu," jawabnya, "Tapi aku punya beberapa kenalan yang mengerti hal seperti ini." Ia ambil mutiara itu dari tangan isterinya lalu pergi membawanya ke tempat seorang temannya yang ahli mutiara. Ia mengucapkan salam kemudian duduk dan menceritakan apa yang terjadi sambil mengeluarkan mutiara tadi. "Temanku, cuba lihatlah! berapa kira-kira harga mutiara ini?" katanya.

    Setelah meneliti dengan saksama, temannya menjawab: "Saya hanya mampu membelinya dengan harga empat puluh ribu dirham. Jika kamu mahu, akan aku bayar sekarang juga. Tetapi jika kamu mahu lebih dari itu pergilah temui orang ini, kerana ia akan memberikan harga yang lebih tinggi dariku." Ia pun pergi menemui lelaki yang dimaksudkan oleh temannya tersebut. Setelah melihat dan memeriksanya, lelaki itu berkata:

   "Saya hanya boleh membayar dengan harga delapan puluh ribu dirham. Jika kamu ingin lebih dari itu, temuilah orang ini. Saya yakin, ia akan membayarmu lebih besar." Ia pun pergi menemuinya. Lelaki yang ketiga berkata:

  "Saya akan membayar dengan harga seratus dua puluh dirham. Saya rasa tidak akan ada yang membayarnya lebih tinggi dari itu. Dengan penuh kerelaan ia berkata: "Baiklah kalau begitu."

     Hari itu ia membawa dua belas bungkusan, yang di dalamnya masing-masing berisi sepuluh ribu dirham. Ia pulang. Dan hendak menyimpan wangnya di rumah. Namun sebaik saja mahu masuk ke rumah, dilihatnya ada seorang fakir berdiri meminta di depan pintu rumahnya.

     Melihat orang fakir itu, terus terbitlah rasa hibanya. Dengan mata berkaca ia berkata: "Saudaraku, sama seperti keadaanmu saat inilah keadaanku dulu. Masuklah!" Lalu ia masuk bersama orang fakir itu. Dengan penuh keikhlasan ia berkata: "Saudaraku, ambillah separuh hartaku ini!" Dan orang fakir itu mengambil enam ikat bungkusan dan membawanya. Namun, belum jauh berjalan, ia kembali lagi kepadanya dan berkata:

  "Saya bukanlah orang miskin. Tapi saya adalah malaikat utusan Tuhanmu untuk menemuimu. Allah memberimu balasan satu dirham dengan dua puluh qirath. Ini adalah satu qirath yang diberikanNya kepadamu. Adapun yang sembilan belas qirath, Dia simpan untukmu di akhirat kelak."


  Gulpppp... Tertelan air liur bila dah habis baca kisah ni kan. Konklusinya, dengan harta yang kita miliki ni, infakkanlah sewajarnya, kesian kat orang lain yang merana tak makan minum. Kita ni siap buang lagi kalau tak habis makan. Asatghfirullah..Tengok! Allah siap bagi dia lebih dari yang dia perlukan lagi. Malah Allah  simpan untuk kegunaan dia di akhirat kelak. Subhanallah, Allahhu Akbar!! hebatnya ganjaran Allah bagi setiap hambanya yang Terpilih. Moga-moga kita juga ditempatkan dalam golongan hamba yang dikasihiNya, ameen... 

#Moga Allah Redha#
     
          


No comments:

Post a Comment